Harga saham Maybank naik susulan potensi penyenaraian Etiqa
Bernama
April 19, 2018 12:21 MYT
April 19, 2018 12:21 MYT
Harga saham Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat dua sen pada dagangan awal hari ini ketika institusi perbankan terbesar negara itu membuat persiapan bagi penyenaraian cabang insuransnya, Etiqa di bursa saham tempatan.
Perniagaan insurans Maybank itu adalah di bawah Etiqa International Holdings Sdn Bhd yang memiliki 69.0 peratus Maybank Ageas Holdings Bhd manakala kepentingan selebihnya dipegang oleh Ageas, syarikat insurans antarabangsa yang berpangkalan di Brussels.
Laporan sebelum ini turut menyatakan bahawa Etiqa yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia adalah dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya AS$1.0 bilion.
Pada 9.47 pagi ini, harga saham Maybank adalah RM10.62 dengan 3.03 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA