Harga runcit RON97 dan diesel turun lagi 6 sen
Luqman Hariz
September 18, 2024 17:18 MYT
September 18, 2024 17:18 MYT
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata keputusan itu dibuat selaras dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia serta pengukuhan ringgit.
Sejak 8 Ogos 2024, kerajaan telah menurunkan harga runcit diesel sebanyak 40 sen seliter di Semenanjung Malaysia, dan harga runcit RON97 sebanyak 28 sen.
Sementara itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
MOF berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global bagi terus memelihara memastikan kebajikan rakyat.