Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan

Bernama
Disember 15, 2022 05:45 MYT
Inventori meningkat sekitar 10.2 juta tong kepada 424.1 juta tong, walaupun jangkaan pasaran merosot sekitar 3.9 juta tong.
ANKARA: Harga minyak turun pada Khamis berikutan kebimbangan ke atas permintaan berikutan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat selain pengukuhan dolar.
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan (0624GMT), penurunan 0.65 peratus daripada harga penutupan Rabu pada AS$82.7, lapor Agensi Anadolu.
Penanda aras Amerika West Texas Intermediate berada pada AS$76.66 setong, susut 0.80 peratus daripada AS$77.28 pada sesi sebelumnya.
Seperti dijangkakan, Fed AS menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 50 mata asas pada Rabu, meningkatkan julat sasaran kepada antara 4.25 peratus dan 4.5 peratus, tertinggi dalam tempoh 15 tahun.
Dalam ucapannya Pengerusi Fed Jerome Powell berkata Fed "akan kekal dalam tindakannya (menurunkan inflasi) sehingga tugas itu selesai."
Kenaikan nilai dolar AS turut menjejaskan harga minyak, yang tidak menggalakkan peniaga menggunakan mata wang lain. selain mencetuskan kebimbangan mengenai permintaan yang lemah.
Inventori minyak mentah komersial AS meningkat 2.5 peratus pada minggu berakhir 9 Dis, menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga lewat Rabu.
Inventori meningkat sekitar 10.2 juta tong kepada 424.1 juta tong, walaupun jangkaan pasaran merosot sekitar 3.9 juta tong.
-- BERNAMA
#harga minyak #Rizab Persekutuan AS #dolar #kenaikan kadar
;