Harga minyak mentah terus merosot

Astro Awani
Disember 24, 2018 10:32 MYT
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Ahad berkata Malaysia akan menyemak semula Belanjawan 2019 sekiranya harga purata minyak mentah jatuh di bawah AS$50 setong. - Gambar hiasan
Harga minyak menyusut pada dagangan Isnin menjelang cuti perayaan Krismas, sekaligus meneruskan kemerosotan minggu lepas susulan kegusaran lebihan bekalan.
Indeks penanda aras minyak Brent jatuh 27 sen kepada AS$53.55 dolar, terendah sejak September 2017.
Peningkatan bekalan minyak dan ekonomi global yang tumbuh perlahan memberi tekanan kepada harga emas hitam itu.
Pengeluaran di negara utama seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Arab Saudi juga berada pada rekod tertinggi.
Amerika Syarikat mengeluarkan 11.6 juta tong minyak, melebihi Arab Saudi dan Rusia.
Awal Disember lalu, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan sekutunya termasuk Rusia bersetuju untuk memotong pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari, bermula Januari.
Jika langkah itu tidak mencukupi, OPEC dijangka kembali ke meja rundingan bersama negara bersekutu, kata Menteri Tenaga Emriah Arab Bersatu (UAE) Suhail Al-Mazrouei.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Ahad berkata Malaysia akan menyemak semula Belanjawan 2019 sekiranya harga purata minyak mentah jatuh di bawah AS$50 setong.
Belanjawan 2019 digubal bersandarkan kepada purata harga minyak mentah AS$70 setong.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Brent #Crude oil price #Feul #harga minyak #harga minyak mentah #Lim Guan Eng #minyak #Oil rig #OPEC #petroleum #RON95 #RON97 #Rusia #UAE #WTI
;