Harga minyak mentah Brent bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Jan
Bernama
September 26, 2022 16:45 MYT
September 26, 2022 16:45 MYT
MOSCOW: Harga minyak global merosot lebih satu peratus, dengan minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Januari, lapor Xinhua berdasarkan data dagangan pada Isnin.
Sehingga 06:13 GMT, harga niaga hadapan Disember untuk minyak mentah Brent diniagakan turun sebanyak 1.22 peratus pada AS$83.99 setong, dan niaga hadapan November untuk WTI susut 1.22 peratus dan didagangkan pada AS$77.78.
--BERNAMA
TAG: harga minyak,Brent, WTI