Harga minyak cecah paras terendah
Agensi
November 28, 2014 12:01 MYT
November 28, 2014 12:01 MYT
Harga minyak bergelut dalam dagangan Asia hari Jumaat selepas OPEC memutuskan tidak mengurangkan pengeluaran.
Harga minyak West Texas berada pada paras AS$68.76 (RM231.41) satu tong pada perdagangan pertengahan pagi, turun 29 sen (RM0.98) daripada harga keliling dalam perdagangan elektronik di New York pada Khamis. Perdagangan Amerika Syariakat ditutup kerana cuti Thanksgiving.
Minyak mentah Brent pada Januari turun 27 sen (0.91) kepada $72.31 (RM243.36)
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum yang mengeluarkan kira-kira satu pertiga daripada minyak mentah global, memilih untuk berpegang kepada sasaran keluarannya (output target) , walaupun harga pasaran minyak jatuh sebanyak 35 peratus sejak bulan Jun.
Kesemua 12 negara pengeluar memilih untuk mengekalkan tahan pengeluaran 30 juta tong sehari yang telah dilakukan selama tiga tahun, kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.