Harga hartanah di Beijing jatuh
Astro Awani
Januari 8, 2013 17:02 MYT
Januari 8, 2013 17:02 MYT
Harga hartanah yang baru dibina di Beijing mencatatkan kejatuhan dan jualan yang meningkat.
Menurut persatuan hartanah Beijing, lebih 230 ribu apartment terjual pada 2012, peningkatan 36.9 peratus tahun ke tahun.
Tambahnya, harga bagi apartment yang baru dibina adalah 7.6 peratus lebih rendah tahun ke tahun untuk setiap meter persegi.
Menurut statistik persatuan, lebih 90 peratus rumah yang dijual di Beijing dibeli oleh pembeli pertama.
Pasaran hartanah menyaksikan jualan dengan nisbah 20 peratus bandar kepada 80 peratus pinggir bandar.
Tambahnya lagi, jualan dan penurunan harga menunjukkan usaha yang dilakukan kerajaan berkesan.
Pasaran hartanah Beijing dijangka lebih stabil pada 2013 dan lebih banyak hartanah murah akan memasuki pasaran.
Antara langkah yang dibuat kerajaan termasuk mengharamkan pembelian rumah ketiga.