GST berkadar sifar bagi semua produk, perkhidmatan perbankan mulai 1 Jun

Bernama
Mei 31, 2018 20:31 MYT
Sebelum ini, semua produk dan perkhidmatan perbankan adalah tertakluk kepada GST berkadar enam peratus, menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia. - Foto BERNAMA
BANK-BANK komersial konvensional di Malaysia akan mengenakan kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua produk dan perkhidmatan perbankan berkuat kuasa mulai 1 Jun, 2018.
Sebelum ini, semua produk dan perkhidmatan perbankan adalah tertakluk kepada GST berkadar enam peratus, menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dalam kenyataan hari ini.
"Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk perbankan yang dibeli atau perkhidmatan perbankan yang diberikan pada atau selepas 1 Jun, 2018, orang ramai dinasihatkan menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan penjelasan," menurut persatuan itu.
-- BERNAMA
#bank #bank komersial konvensional #cukai #GST #Malaysia
;