Greece, pemiutang lulus pakej reformasi pusingan ketiga
Reuters
Ogos 11, 2015 20:46 MYT
Ogos 11, 2015 20:46 MYT
Greece mencapai perjanjian bersama pemberi pinjaman berkaitan terma bantuan pusingan ketiga negara itu sekaligus membuka jalan buat Parlimen Greece mengundi pelan reformasi bagi mendapatkan dana bantuan 86 bilion Euro.
Kelulusan Parlimen mesti diperoleh sebelum 20 Ogos bagi membolehkan pembayaran hutang lama kepada Bank Pusat Eropah (ECB).
Perjanjian dicapai selepas rundingan tegang selama dua minggu melibatkan empat institusi pemberi pinjaman, iaitu ECB, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Suruhanjaya Eropah (EC), dan Badan Mekanisma Kestabilan Eropah bagi dana bantuan.
Kesemua pihak bersetuju dengan langkah reformasi Greece sebelum dana bantuan diserahkan kepada Athens.
Pasaran stok Athens naik 2.1 peratus pada Isnin dipacu keyakinan kejayaan rundingan hutang pusingan ketiga.
Menteri Kewangan Greece Euclid Tsakalotos berkata kini hanya tinggal beberapa perincian kecil yang perlu diselesaikan sebelum di bawa ke Parlimen.
Parlimen Greece pelu meluluskan pelan reformasi atau fiskal yang diperlukan sebelum mesyuarat Menteri Kewangan Zon Euro yang dijadual pada Jumaat.
Satu Memorandum Persefahaman termasuk 35 langkah yang pelru dilakukan Greece diluluskan dengan langkah lebih banyak dijangka bermula Oktober sebelum bantuan diedarkan.