Greece buka semula bank selepas tiga minggu tutup
Agensi
Julai 20, 2015 17:48 MYT
Julai 20, 2015 17:48 MYT
Bank di seluruh Greece kembali dibuka pada Isnin selepas tiga minggu ditutup.
Bagaimanapun, kawalan modal tetap diteruskan di negara itu termasuk sekatan transaksi pengeluaran wang tunai.
Kerajaan Greece bagaimanapun mengekalkan had pengeluaran tunai harian pada 60 Euro (RM247) serta memperkenalkan had pengeluaran baru untuk seminggu.
Orang ramai juga tidak boleh menunaikan cek sebaliknya perlu didepositkan ke akaun serta tidak boleh mengeluarkan tunai melalui kad kredit atau debit ketika di luar negara.
Greece sebelum ini mengumumkan penutupan semua bank komersil pada 29 Jun selepas Bank Pusat Eropah, (ECB) memutuskan tidak akan melanjutkan tempoh bantuan kewangan kecemasan kepada negara Mediterranean itu.
ECB bagaimanapun bersetuju meningkatkan bantuan kewangan kecemasan bank selepas parlimen Greece meluluskan pelan penyelamat ketiga pada Khamis.