Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800

Amanz
Mei 24, 2024 14:19 MYT
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh. -Amanz
GOOGLE membolehkan para pembangun seluruh dunia menawarkan aplikasi secara berbayar melalui kedai aplikasi Google Play Store.
Hari ini, Google mengemas kini had harga jualan untuk aplikasi, sekali gus meningkatkan nilai penawaran daripada had sebelum ini.
Mengikut carta terkini, Google Play Store membolehkan pembangun menetapkan harga di antara RM0.30 dan RM4,800.
Ia memperlihatkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding sebelum ini.
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Untuk mata wang AS pula, Google Play Store membolehkan penawaran harga aplikasi sehingga AS$999.99. -Amanz
#Google #Play Store #aplikasi secara berbayar #harga jualan
;