Google lancar SpeciesNet – Model AI untuk kenal pasti spesies haiwan liar
Amanz
Mac 18, 2025 15:00 MYT
Mac 18, 2025 15:00 MYT
Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet. -Amanz
MODEL kecerdasan buatan (AI) Google telah digunakan untuk meramal cuaca dengan tepat sehingga 15 hari, mengesan sel kanser payu dara, dan mencari semua struktur protein yang wujud demi kemajuan sains.
Ringkasan AI
- Model AI Google, SpeciesNet, dilancarkan untuk mengenal pasti spesies haiwan liar berdasarkan gambar dengan ketepatan 94.5%.
- SpeciesNet dilatih menggunakan 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka dan boleh mengklasifikasikan haiwan ke dalam 2,000 kategori.
- SpeciesNet kini ditawarkan secara sumber terbuka untuk kegunaan ahli saintis melalui perkhidmatan Wildlife Insights.
Awal bulan ini mereka melancarkan pula SpeciesNet yang merupakan model AI yang boleh mengenal pasti spesies haiwan liar berdasarkan gambar yang ditangkap.
SpeciesNet dibangunkan bagi membantu saintis mengenal pasti dan mengklasifikasikan gambar haiwan yang ditangkap oleh kamera denai yang diletakkan di dalam hujan.
Dalam ujian yang dilakukan, SpeciesNet boleh mengklasifikasikan haiwan ke dalam 2,000 kategori dan spesies dengan ketepatan 94.5% .
Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet.
Model AI telah dibangunkan sejak 2019 dengan ia boleh diakses menggunakan perkhidmatan Wildlife Insights.
Dengan pelancaran SpeciesNet yang terkini, ia kini ditawarkan secara sumber terbuka untuk kegunaan ahli saintis.
Bagi yang ingin memuat turun SpeciesNet ia boleh diakses menerusi pautan ini. -Amanz