Google buka pendaftaran untuk 'startup' Malaysia sertai Akademi AI

Amanz
Ogos 5, 2024 04:40 MYT
Pendaftaran untuk menyertai Akademi AI ini dibuka sehingga 16 Ogos 2024, dan program akan bermula sepenuhnya pada Oktober 2024. -Gambar fail/Reuters
GOOGLE melalui program Google For Startups, telah membuka pendaftaran untuk program Akademi AI.
Melaluinya, Google menawarkan program selama tiga bulan yang akan membantu syarikat pemula atau startup dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan Google terkini dalam membantu mempercepatkan pertumbuhan syarikat, dan memudahkan pemahaman lebih menyeluruh dan mendalam berkenaan kecerdasan buatan.
Pendaftaran untuk menyertai Akademi AI ini dibuka sehingga 16 Ogos 2024, dan program akan bermula sepenuhnya pada Oktober 2024.
Google akan menawarkan sejumlah akses kepada mentor melalui program Akademi AI ini, selain akses kredit Google Cloud sehingga $35,000, selain turut boleh membangunkan rangkaian kenalan syarikat kecerdasan buatan lain di rantau Asia Tenggara.
Bagi anda yang sedang membangunkan syarikat pemula atau startup memfokuskan kecerdasan buatan di Malaysia, anda boleh melakukan permohonan menyertai Akademi AI ini hari ini melalui halaman Google for Startups.
Untuk makluman, program akan dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. -Amanz
#Google For Startups #Akademi AI #syarikat pemula #kecerdasan buatan