Google akan buang aplikasi tidak berkualiti dan bermasalah dari Google Play Store

Amanz
Julai 20, 2024 07:10 MYT
Google menekankan aplikasi perlulah stabil, responsif, dan menawarkan pengalaman penggunaan yang baik. -Amanz
GOOGLE kini mengumumkan kemas kini pada polisi Google Play Store, sekali gus memaklumkan semua aplikasi perlu mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan, dan aplikasi yang kurang berkualiti dari segi fungsi akan dibuang daripada gedung aplikasi berkenaan.
Google menekankan aplikasi perlulah stabil, responsif, dan menawarkan pengalaman penggunaan yang baik.
Aplikasi yang tidak mempunyai tahap kualiti asas sebagai sebuah aplikasi mudah-alih, kekurangan kandungan, atau tidak menawarkan pengalaman yang konsisten tidak dibenarkan di Google Play.
Ini termasuk aplikasi aplikasi yang sekadar menawarkan kandungan statik seperti hanya teks atau PDF sahaja, aplikasi dengan kandungan yang terhad, dan aplikasi yang tidak menawarkan sebarang ciri-ciri.
Google turut menyenaraikan aplikasi yang tidak boleh dimuatkan, tidak responsif, dan sebagainya.
Dengan langkah ini, ia sekali gus akan meningkatkan kualiti gedung Google Play sendiri, dan menawarkan aplikasi yang lebih baik kepada para pengguna.
Google menyatakan perubahan baharu ini akan berkuat kuasa 31 Ogos 2024. -Amanz
#Google #Play Store #tahap piawaian #gedung aplikasi