GLC halang perkembangan ekonomi Malaysia?

Isabelle Leong
Disember 23, 2017 10:38 MYT
Tan Sri Abdul Wahid Omar sangkal tuduhan.
‘For Mr Menon to say that GLC contributes towards income disparity, the crowding out effect and poor governance, I think that’s totally misplaced.’
Ungkapan ini antara penegasan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar ketika mengulas isu itu kepada AWANI REVIEW.
Abdul Wahid yang mula menerajui syarikat itu sejak tahun lalu, menyangkal tuduhan Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon yang mengulas tentang kesan buruk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjejaskan situasi korporat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh tiga kejayaan yang telah dicapai oleh GLC sejak diumumkan pada 2004.
Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul An Attack of Bad Ideas on GLCs.
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih tentang perkembangan sektor ekonomi Malaysia.
#AWANI Review #ekonomi #GLC #Jayant Menon #kejayaan #Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank #korporat #Malaysia #Permodalan Nasional Berhad #PNB #syarikat berkaitan kerajaan #Tan Sri Abdul Wahid Omar
;