Genneva Gold: BNM cari penyelesaian lebih cepat

Bernama
Disember 4, 2012 08:57 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi penguatkuasaan lain mengambil semua langkah perlu untuk mempercepatkan siasatan mengenai Genneva Malaysia Sdn Bhd untuk membantu penyelesaian perkara itu.
Dalam satu kenyataan bersama Isnin, BNM, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkata mereka telah menerima banyak rayuan daripada pihak berkaitan berkenaan Genneva Malaysia untuk melepaskan wang yang dibekukan (RM99.8 juta) dan emas yang disita (126 kilogram) yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.
"Wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah," kata kenyataan itu.
Ia berkata, laporan awal perakaunan forensik telah menunjukkan kerugian besar yang dialami syarikat itu pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.
"Operasi sebenar syarikat tersebut iaitu menjual emas pada kadar kira-kira 20-25 peratus lebih tinggi daripada pasaran, membayar pulangan kira-kira 2-3 peratus sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas tidak merupakan sesuatu yang dapat dikekalkan.
#Genneva Gold
;