FXTM jangka MYR akan uji paras 4.00, OPR dijangka kekal
Astro Awani
Januari 17, 2021 06:17 MYT
Januari 17, 2021 06:17 MYT
KUALA LUMPUR: Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu ini.
Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.
Menurut penganalisis pasaran FXTM, Han Tan yang dipetik Bernama, tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP 2.0 yang sedang berlangsung, bersama prestasi dolar AS, akan menjadi pemacu utama dalam menentukan prestasi Ringgit-dolar AS bergerak ke hadapan.
Tan berkata Ringgit dijangka tidak akan terkesan walaupun Bank Negara Malaysia membuat pemotongan 25 mata asas memandangkan pendirian yang lebih akomodatif di kalangan bank-bank pusat global.