Forum Ekonomi Dunia 2022 jadi panduan pemimpin tangani krisis global

Israr Khalid
Mei 23, 2022 07:30 MYT
Delegasi Malaysia akan bawa pulang input berharga dari Davos untuk dinilai dan diterapkan dalam usaha pembangunan negara. - Foto REUTERS
DAVOS: Krisis global yang sedang berlaku hari ini memerlukan respon yang lebih terkoordinasi antara seluruh dunia untuk mengatasi setiap cabaran secara bersama.
Menurut Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan, ketika ini kebanyakan negara masih teragak-agak dalam bertindak untuk menangani masalah yang dihadapi.
Justeru katanya, dialog global seperti Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 berlangsung tepat pada masanya untuk dijadikan panduan dan penilaian oleh para pemimpin serata dunia membuat keputusan yang terbaik.
“Kalau tidak, setiap negara bukan syak tetapi tertunggu-tunggu, apa China buat, China tunggu apa Amerika Syarikat buat, kita pun teragak-agak tengok dulu apa Singapura buat dan sebaliknya.
“Jadi perbincangan seperti ini (WEF) memberikan satu gambaran dan keyakinan kepada setiap pemerintah untuk membuat keputusan yang betul-betul untuk rakyat mereka,” katanya.
Malaysia turut dijemput ke Davos, Switzerland untuk bersama dalam forum tersebut dan Shahril menegaskan delegasi negara tidak akan datang dengan sia-sia.
“Bukan untuk syok dengar kosong tetapi untuk kita bawa balik, hadam dan tengok berdasarkan apa yang kita pelajari, apakah langkah yang terbaik dan sesuai untuk rakyat dan keadaan di Malaysia,” ujarnya lagi.
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI khas sempena WEF 2022 dihoskan oleh Ashwad Ismail, di sini:
Forum Ekonomi Dunia 2022 jadi panduan pemimpin tangani krisis global - Shahril Hamdan
Agenda AWANI: WEF 2022 I Di Mana Malaysia Dalam Perubahan Dunia?
#Agenda Awani #Forum Ekonomi Dunia #WEF #Shahril Hamdan
;