KUALA LUMPUR: Peneraju platform penghantaran terkemuka di Asia, Foodpanda mengembangkan penguasaan mereka di seluruh Malaysia dengan lebih daripada 40 kawasan baharu merangkumi Kukup sehingga ke Nabawan dan Lubok China serta Jeram
Pengarah Urusan, Foodpanda, Sayantan Das berkata, pengembangan perkhidmatan foodpanda ke kawasan-kawasan baharu tersebut adalah penting dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri q-commerce.
“Kami sentiasa melihat peluang baharu untuk dimanfaatkan agar dapat menyebarkan kegembiraan kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Tambahnya, sebagai sebuah organisasi yang berkembang maju dalam teknologi dan kecemerlangan operasi, Foodpanda kini beroperasi di lebih 303 kawasan di 14 negeri seluruh Malaysia.
"Para pengguna dari kawasan baharu ini boleh membuat pesanan mereka di mana makanan serta barangan runcit akan terus dihantar ke rumah mereka dengan hanya beberapa klik.
“Kami amat berbesar hati mengumumkan lebih 40 kawasan baharu ini dan berharap dapat memaklumkan lebih banyak kawasan dalam masa terdekat.
"Perluasan kawasan ini adalah selaras dengan visi kami untuk menjadi peneraju q-commerce di Malaysia dan pilihan utama untuk penghantaran makanan dan barangan runcit,” tambah Sayantan.
Sementara itu, bersempena dengan pelancaran tersebut, Foodpanda menawarkan diskaun 40% (terhad kepada RM10) untuk pesanan minimum RM10 dengan kod promosi, PANDABARU bagi pelanggan baharunya.
Selain itu, Foodpanda turut menawarkan pelbagai promosi barangan eksklusif Tahun Baharu Cina yang boleh didapati di Pandamart termasuk Pandamart CNY Crab Stick Crisp, Pandamart CNY Nga Ku Crisp, kad poker Pandamart, buah limau Wo Kan, pek Lokam, set segar Yee Sang, jus oren Sunquick dan banyak lagi.
Pandamart juga menawarkan barangan yang menarik sekiranya anda memerlukan beberapa pilihan pemberian hadiah. Jangan lupa untuk melihat pelbagai pek hadiah termasuk epal dan tart serta set sayur steamboat - semua yang anda perlukan untuk sambutan makan malam Tahun Baharu Cina bersama-sama dan banyak lagi.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 27 2022
Sebagai sebuah organisasi yang berkembang maju dalam teknologi dan kecemerlangan operasi, Foodpanda kini beroperasi di lebih 303 kawasan di 14 negeri seluruh Malaysia. - Facebook @riderintake
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan kini dilindungi - Perkeso
Grab Malaysia dan Foodpanda mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung.
Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang 'direhatkan' sementara, sehingga tempoh tertentu.
Penghantar makanan depani risiko demi menjaga perut pelanggan
Selain peniaga, sudah tentu khidmat penghantara makanan ketika ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka tanpa perlu keluar rumah.