Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem

Bernama
Oktober 24, 2015 22:46 MYT
Peruntukan itu, antaranya sebanyak RM16.1 billion diperuntukan untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak, dan RM12.8 bilion untuk LPB di Sabah. - Gambar Fail
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata rakyat Sarawak bersyukur dengan pelbagai inisiatif dan projek yang telah digariskan di sebalik tanggapan tertentu pihak pembangkang berikutan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka tahun depan.
"Kita berterima kasih atas peruntukan itu yang pastinya akan memberi banyak manfaat untuk rakyat dan ekonomi negeri," katanya dalam satu forum yang dianjurkan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2015, di sini, hari ini.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2016, mengumumkan lebih RM29 bilion yang dikhaskan kepada kedua-dua negeri itu.
Peruntukan itu, antaranya sebanyak RM16.1 billion diperuntukan untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak, dan RM12.8 bilion untuk LPB di Sabah.
##Bajet2016 #Adenan Satem #Bajet 2016 #Lan Berambeh Anak Sarawak 2015 #Sarawak
;