Fitch kekalkan penarafan 'A-" untuk Malaysia

Astro Awani
Ogos 19, 2016 11:03 MYT
Menurut Fitch, pertumbuhan akan disokong penggunaan swasta dan projek strategik kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan. - Gambar fail
Agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings mengesahkan penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia kepada 'A-' unjuran stabil.
Menurut agensi itu, pertumbuhan KDNK kekal kukuh berbanding negara lain dengan penarafan 'A'.
Dalam satu kenyataan, Fitch turut menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan tumbuh pada kadar 4 peratus pada 2016, lebih rendah berbanding 5 peratus pada tahun lalu.
Menurutnya, pertumbuhan akan disokong penggunaan swasta dan projek strategik kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Ini akan memberikan kelegaan daripada tekanan menurun permintaan luaran yang lemah.
Tambah Fitch, pengukuhan fiskal menyokong penstabilan hutang kerajaan pusat dan kadar defisit.
#Fitch Ratings #KDNK #Keluaran Dalam Negara Kasar #penarafan
;