FGV: Zakaria Arshad kembali bertugas berkuat kuasa 16 Oktober

Luqman Hariz
Oktober 9, 2017 18:44 MYT
Zakaria kembali menyandang jawatan Presiden Kumoulan dan CEO FGV bermula 16 Oktober ini. - Gambar fail
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings (FGV) Datuk Zakaria Arshad akan kembali bertugas pada 16 Oktober ini.
FGV dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (KKD).
Menurut FGV keputusan itu dicapai setelah mengambil kira program transformasi yang sedang dilaksanakan, serta komitmen Zakaria untuk menyelesaikan isu hutang syarikat Safitex Trading.
Tambahnya lagi, inkuiri terhadap Zakaria juga dilakukan secara berintegriti, adil dan mengikut amalan pentadbiran korporat yang baik.
Pada 6 Jun lalu, Zakaria, bersama tiga lagi pegawai diarah mengambil cuti 6 Jun lalu, sementara isu hutang Safitex disiasat.
Salah seorang daripadanya, Ketua Pegawai Kewangan fgv Ahmad Tifli Talha telah kembali bertugas pada 4 Oktober lalu.
#CEO #Felda #felda global ventures #FGV #Kementerian Kewangan #Zakaria Arshad
;