FGV: Zakaria Arshad diarah bercuti serta merta - laporan
Astro Awani
Jun 6, 2017 11:37 MYT
Jun 6, 2017 11:37 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad telah diarah bercuti berkuatkuasa serta merta.
Menurut laporan media, Zakaria telah menerima surat mengarahkannya bercuti, dari Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad.
Sebelum ini, laporan media mengatakan Zakaria sedang disiasat berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Laporan media juga mengatakan Zakaria telah diarahkan untuk meletakkan jawatannya kerana beliau telah melanggar amalan korporat dengan membenarkan pembelian oleh pihak Safitex tanpa surat kredit, yang menyebabkan penangguhan bayaran.
Walau bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian berdasarkan tuduhan itu kerana beliau tidak melanggar amalan korporat seperti yang didakwa.
Satu sidang media akan diadakan oleh Isa kira-kira pukul 1.30 petang ini.