FGV lantik Pemangku CFO

Bernama
Oktober 18, 2018 19:15 MYT
FGV Holdings Bhd (FGV) melantik Ketua Bahagian Kewangan Kumpulan Aznur Kama Azmir sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO).
“FGV akan terus beroperasi seperti biasa. Jawatankuasa Lembaga Khas 2 (terdiri daripada empat pengarah) akan terus menjalankan tugas-tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV,” kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ahli jawatankuasa tersebut ialah Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P.Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping.
“Pengumuman seterusnya akan dibuat jika terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu,” kata FGV.
#Azhar Abdul Hamid #Aznur Kama Azmir #CFO #FGV #FGV Holdings Bhd #Ho Lai Ping #Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan #Mohamed Nazeeb P Alithambi #Salmiah Ahmad
;