FGV bakal punyai CEO baharu?

Najib Aroff, Luqman Hariz
Mac 10, 2016 17:48 MYT
Zakaria (gambar) dilantik mengetuai kluster hiliran FGV sejak 1 Januari 2014. - Foto Bernama
Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) hari ini enggan mengulas lanjut susulan khabar angin bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
Dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI hari ini, FGV memaklumkan sebarang pengumuman rasmi akan dibuat jika wujud perkembangan terbaru.
Kami bukan dalam kedudukan sesuai untuk mengulas lanjut.
“Kami bukan dalam kedudukan sesuai untuk mengulas lanjut, jika wujud sebarang perkembangan, pengumuman rasmi akan dibuat,” kata pegawai Perhubungan Korporat FGV melalui satu pesanan.
Ia sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang melaporkan Zakaria bakal menggantikan Emir.
Emir yang memegang jawatan itu sejak Januari 2013 kini memegang kontrak CEO secara bulanan.
Zakaria kini merupakan Ketua Kluster Hiliran FGV bermula 1 Januari 2014.
Beliau dilantik sebagai CEO Delima Oil Products Sdn Bhd sebelum menyandang jawatan tersebut.
#CEO FGV #Datuk Emir Mavani Abdullah #Datuk Zakaria Arshad #Felda #FGV #Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baharu Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV)
;