FGV akan mohon penggantungan dagangan di Bursa Malaysia esok

Astro Awani
Jun 11, 2015 19:51 MYT
Bursa Malaysia dalam satu pengumuman berkata dagangan dalam waran berstruktur bagi FGV juga akan digantung pada masa sama. - Gambar Hiasan
Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) akan memohon pengantungan dagangan syarikat itu di Bursa Malaysia bermula 9 pagi esok.
Ia bagi membolehkan satu pengumuman dibuat.
Bursa Malaysia dalam satu pengumuman berkata dagangan dalam waran berstruktur bagi FGV juga akan digantung pada masa sama.
FGV kali terakhir didagang pada RM1.86 turun enam sen berbanding dagangan semalam.
Baru-baru ini tempatnya digantikan Westports dalam senarai 30 syarikat dengan permodalan besar di Bursa Malaysia yang membentuk indeks komposit.
#Bursa Malaysia #Felda #FGV
;