FBM KLCI menjunam

Astro Awani
Januari 21, 2013 14:39 MYT
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan kejatuhan dalam dagangan Isnin dengan aktiviti pengambilan untung berterusan terutamanya dalam saham-saham perbankan.
Saham-saham Public Bank dan Hong Leong Bank merupakan antara yang mencatatkan kerugian terbanyak.
Hampir sejam selepas dagangan dibuka, FBM KLCI jatuh lebih 12 mata kepada 1,664.
Menurut penganalisis pasaran, Bursa Saham tempatan merosot disebabkan jualan konsisten beberapa kaunter mewah terpilih seperti Telekom Malaysia dan Sime Darby.
Ada juga yang mengaitkan kejatuhan sebanyak 1.2% ini dengan spekulasi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13 diadakan.
Paras sokongan lemah bagi KLCI adalah diantara 1,632 dan 1,674 mata.
Pasaran juga bakal menyaksikan aktiviti pengambilan untung besaran-besaran apabila FBM KLCI mencecah paras rintangan diantara 1,676 dan 1,699 mata.
#aktiviti pengambilan untung #fbm klci #Isnin #kejatuhan dalam dagangan
;