FBM KLCI catat paras tinggi baharu

Bernama
Oktober 30, 2012 06:22 MYT
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat paras tinggi baharu pada 1,674.67 pada akhir sesi dagangan pagi Selasa, dengan minat belian dalam saham-saham kewangan dan pengguna terpilih, kata peniaga.
Indeks Utama dibuka 1.74 mata lebih rendah pada 1,670.82.
Seorang peniaga berkata bursa tempatan mencatat kerugian pada awal dagangan berikutan pelabur membuat untung namun pulih selepas itu.
"Keuntungan yang direkodkan oleh kaunter pengguna seperti Nestle dan Carlsberg serta kaunter kewangan Public Bank dan LPI capital, membantu meningkatkan dan meletakkan pasaran pada wilayah positif," katanya.
#Bursa Malaysia #ftse #klci