KUALA LUMPUR: Kebimbangan terhadap perkembangan faktor luaran akan terus memainkan peranan besar dalam menentukan kedudukan ringgit minggu depan dengan para pelabur memantau perkembangan terbaharu di Amerika Syarikat (AS).
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perbincangan mengenai pengurangan kuantitatif AS yang mungkin akan berulang dari semasa ke semasa menyebabkan pasaran pertukaran mata wang tidak stabil dalam masa terdekat ini.
"Dolar US dan ringgit diunjurkan diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.15 hingga RM4.16 minggu depan," katanya kepada Bernama.
Pasaran akan melihat indikator sentimen perniagaan seperti Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Institut Pembekalan AS (PMI) untuk pembuatan yang dijangka sekitar 61 mata untuk Jun daripada 61.2 mata pada bulan Mei, katanya.
"Angka jumlah pekerjaan juga akan menjadi tumpuan seperti data senarai gaji bukan ladang (NFP) dijangka akan lebih tinggi bulan ini berbanding bulan lalu. Sementara itu, kadar pengangguran kemungkinan akan turun lebih banyak kepada 5.7 peratus pada bulan Jun dari 5.8 peratus pada bulan sebelumnya," katanya.
Mengulas mengenai sentimen yang sama, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pacific, Jeffrey Halley berkata bahawa pasaran mata wang akan terus meningkat dengan kecenderungan lemah terhadap kekuatan dolar US.
"Dengan tumpuan kepada PMI minggu depan dari Asia dan NFP AS, pasaran mata wang terus diperdagangkan mendatar berbanding dolar US dengan menggabungkan keuntungan minggu sebelumnya," katanya.
Untuk minggu yang baharu berakhir, dolar US dan mata wang Asia tidak mengalami pembetulan minggu ini ke paras yang ketara, dengan ringgit, bath Thailand dan rupiah Indonesia hampir tidak menghasilkan keuntungan sama sekali walaupun won Korea Selatan dan peso Filipina telah mengalami kerugian.
"Kembimbangan yang semakin meningkat pasca inflasi telah ditunjukkan dalam mata wang negara maju yang lebih kukuh dan bukan mata wang pasaran baharu muncul.
"Itu menunjukkan bahawa pasaran kekal bimbang terhadap dengan kemerosotan kadar faedah AS dan kekuatan dolar US yang berada di paras rendah. Semuanya akan terjawab dalam NFP AS minggu depan," katanya.
Ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0964/0980 daripada 3.0851/0875 seminggu sebelumnya, ringgit turun berbandi pound Britain kepada 5.7781/7802 daripada 5.7526/7568 dan jatuh berbanding euro kepada 4.9627/9645 daripada 4.9308/9344 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.7526/7540 daripada 3.7570/7598 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021

Seorang penganalisis berkata, pasaran mata wang akan terus meningkat dengan kecenderungan lemah terhadap kekuatan dolar US. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.

Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual.

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah
Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.