EU yakin dengan langkah penjimatan Sepanyol

Astro Awani
Januari 29, 2013 16:10 MYT
Kesatuan Eropah (EU) yakin langkah penjimatan yang dijalankan Sepanyol akan membuahkan hasil biarpun mengambil masa sedikit lama.
Menurut Pesuruhjaya Ekonomi dan Kewangan Eropah, 2013 akan menyaksikan titik peralihan untuk ekonomi Sepanyol dan zon euro ke arah kestabilan.
Olli Rehn membuat kenyataan berkenaan dalam lawatan ke Madrid.
Perdana Menteri Sepanyol Mariana Rajoy sebelum ini melakukan reformasi pasaran pekerjaan termasuk pemotongan gaji dan meningkatkan cukai.
Rehn mengulas, reformasi yang dijalankan Sepanyol seharusnya disertai dengan usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran.
Kadar pengangguran Sepanyol ketika ini berada pada 26.6 peratus dan antara tertinggi di EU.
Ia adalah peningkatan 3.6 peratus daripada tahun sebelum ini.
Sepanyol kini berada dalam kemelsetan kedua dalam tiga tahun selepas kejatuhan pasaran hartanahnya.
Memburukkan keadan kadar pengangguran golongan belia berada pada tahap krtikal sekitar 55 peratus.
Negara seperti Sepanyol dan Itali sebelum ini terpaksa membayar kos tinggi untuk hutang mereka.
Namun pembelian bon oleh ECB telah mengurangkan beban untuk tunai.
Bagaimanapun, menurut Sepanyol ia masih tidak mencukupi.
Lawatan Rehn ke Sepanyol adalah sebagai sebahagian daripada delegasi Troika memantau sama ada Sepanyol memenuhi syarat untuk bantuan 40 billion euro bagi banknya.
#Kesatuan Eropah #Olli Rehn #sepanyol
;