EU dan UK jalankan siasatan, dakwa Facebook monopoli pengiklanan
Astro Awani
Jun 5, 2021 08:47 MYT
Jun 5, 2021 08:47 MYT
KESATUAN EROPAH (EU) dan United Kingdom akan menjalankan siasatan persaingan terhadap Facebook yang didakwa menggunakan data dari pengiklan untuk menguasai pasaran iklan dalam talian secara tidak adil.
Syarikat media sosial dari Amerika Syarikat (AS) itu dikatakan menjual iklan rahsia di ruangan 'Marketplace' di Facebook.
Ia juga didakwa dalam masa sama mengumpulkan data daripada iklan komersial yang mungkin memberi keuntungan tidak adil.
Siasatan dibuat Suruhanjaya Eropah dan Badan Persaingan dan Pasaran Britain (CMA).
Dalam ekonomi digital pada masa kini, data berkenaan tidak boleh digunakan dengan cara mengganggu persaingan.
Siasatan akan memfokuskan kepada perkhidmatan iklan Facebook Marketplace yang boleh diakses oleh lebih 3 bilion pengguna.
Syarikat-syarikat yang mengiklan di Marketplace perlu memberi data kepada Facebook yang menurut suruhanjaya akan menimbulkan kebimbangan merencatkan persaingan.