Encorp keluar surat lulus projek di Cyberjaya
Bernama
Mei 10, 2013 12:40 MYT
Mei 10, 2013 12:40 MYT
Anak syarikat milik penuh Encorp Bhd, Encorp Construct Sdn Bhd, Khamis menerima surat kelulusan daripada Gamal Arkitek Perunding (M) Sdn Bhd untuk Tindak Murni Sdn Bhd.
Surat kelulusan itu ialah untuk pembinaan dan penyiapan kontrak utama di Cyber 7, Cyberjaya membabitkan sejumlah RM42.7 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Encorp berkata tempoh kontrak itu ialah selama 18 bulan, mulai 15 Julai 2013 hingga 14 Januari 2015.
Tarikh memasuki tapak untuk jalan akses sementara ialah pada 9 Mei, 2013 dan tarikh untuk memasuki tapak bagi kontrak utama pada 15 Julai, 2013.
Kumpulan itu berkata projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Encorp Group bagi tahun kewangan dalam tempoh itu.