KUALA LUMPUR: Aliran pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan kendalian Malaysia Airports Group meningkat 40 peratus tahun ke tahun dalam separuh pertama 2024, didorong oleh penyertaan enam syarikat penerbangan baharu.
Dalam kenyataannya, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata enam syarikat berkenaan adalah Cambodia Airways, Flydubai, Iraqi Airways, Juneyao Airlines, Thai Lion Air serta Turkmenistan Airlines.
Kesemua syarikat penerbangan asing itu menyumbang 45 juta aliran pergerakan penumpang dalam separuh pertama 2024, mencecah 87.9 peratus daripada paras prapandemik bagi tempoh sama pada 2019.
"Pemulihan bilangan kapasiti tempat duduk berjumlah 85 peratus pada separuh pertama 2024 atau 57 juta tempat duduk berbanding 67.3 juta pada tempoh sama 2019," katanya.
Menurut MAHB, purata faktor muatan bagi separuh pertama 2024 berjumlah 78.8 peratus, melepasi paras tempoh sama pada 2018 sebanyak 3.4 mata peratusan.
"Pertumbuhan berterusan sepanjang separuh pertama 2024 menunjukkan permintaan kukuh selain berpotensi mendorong peningkatan seterusnya dari segi tawaran kapasiti tempat duduk," katanya.
MAHB juga menyifatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang tempatan di bawah Malaysia Airports Group bagi separuh pertama 2024 memaparkan daya tahan dengan jumlah pergerakan penumpang berjumlah 45 juta atau peningkatan ketara sebanyak 15.5 peratus berbanding tempoh sama 2023 dan mencapai 87.9 peratus daripada paras penumpang bagi separuh pertama 2019.
Selain itu, penyertaan dua syarikat penerbangan baharu Air Arabia dan AJet di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen yang juga asetnya di Turkiye, memacu pergerakan penumpang melebihi paras prapandemik dengan mencatat 20 juta bagi separuh pertama 2024 -- peningkatan sebanyak 16.4 peratus berbanding tempoh sama 2023 dan naik 18.1 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.
Kumpulan MAHB mencatat 65 juta pergerakan penumpang pada separuh pertama 2024 atau menyamai pertumbuhan sebanyak 15.8 peratus berbanding separuh pertama 2023 dan mencecah 95.4 peratus daripada paras 2019.
Prestasi aliran pergerakan penumpang yang kukuh dalam enam bulan pertama 2024 pula kebanyakannya didorong oleh pergerakan penumpang antarabangsa selain peningkatan permintaan bagi perjalanan udara, pengecualian visa untuk pengembara dari China dan India selain pelbagai laluan penerbangan yang diperluas.
"Jumlah pergerakan penumpang antarabangsa untuk kumpulan itu mencatat 34.1 juta penumpang pada separuh pertama 2024, meningkat daripada 26.5 juta pada enam bulan pertama 2023 dan naik 5.3 peratus berbanding 2019.
"Pergerakan penumpang domestik juga memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus berbanding separuh pertama 2023 dengan 30.9 juta penumpang atau 86.5 peratus daripada paras 2019," katanya.
MAHB juga kekal optimis mengenai kemampuan mengekalkan momentum positif serta komited terhadap usaha menambah pengalaman penumpang, memperluas rangkaian laluan serta meningkatkan kecekapan operasi bagi menyokong pertumbuhan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

MAHB juga menyifatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang tempatan di bawah Malaysia Airports Group bagi separuh pertama 2024 memaparkan daya tahan. - Gambar fail
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.