Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns

Bernama
Julai 17, 2024 20:30 MYT
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak AS$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan. - Gambar hiasan/BERNAMA
MOSCOW: Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak AS$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Penganalisis sedang memantau dengan teliti statistik Amerika Syarikat (AS) akan datang, yang sangat mempengaruhi harga emas.
Setakat 8:10 GMT, kontrak hadapan emas Ogos di bursa New York Comex meningkat 0.52 peratus kepada AS$2,480.6 seauns, setelah mencapai puncak awal pada AS$2,487.25 seauns. Sementara itu, kontrak hadapan perak September menurun 0.92 peratus kepada AS$31.17 seauns.
Kemudian pada Rabu, Jabatan Perdagangan AS akan menerbitkan data mengenai bilangan bangunan baharu di negara itu. Jumlah rumah baharu yang memulakan pembinaan pada bulan Jun dijangka meningkat kepada 1.31 juta daripada 1.277 juta pada bulan Mei.
Pada hari yang sama, Rizab Persekutuan AS akan menerbitkan Buku Beige -- komen bulanan mengenai situasi ekonomi di negara itu.
--BERNAMA-SPUTNIK
#harga emas #tahap harga tertinggi baharu #Amerika Syarikat
;