Ekonomi Singapura tumbuh 2.0% 2015
Bernama
Februari 24, 2016 13:38 MYT
Februari 24, 2016 13:38 MYT
Singapura mengumumkan ekonominya tumbuh pada kadar 2.0 peratus untuk setahun penuh 2015.
Angka tersebut adalah lebih rendah daripada 3.3 peratus pada 2014.
Sektor pembuatan mencatatkan penguncupan sementara sektor perkhidmatan dan pembinaan menyederhana.
Untuk 2016, Singapura menjangka ia akan mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 1.0-3.0 peratus.
Pertumbuhan untuk 2016 dijangka disokong sektor kewangan dan insurans dengan sektor pembuatan kekal lemah.
Ini susulan permintaan yang lemah dari China dan Amerika Syarikat serta harga minyak yang lemah yang mengurangkan permintaan segmen marin.