Ekonomi Malaysia kembali stabil pada 2022 - Pakar

Dagang News
Disember 28, 2021 10:39 MYT
Malaysia dijangka terus berada dalam radar pelabur global kerana pendekatan mesra perniagaannya, keyakinan ekonomi, rangka kerja dasar berstruktur, lebih-lebih lagi tenaga buruh yang celik teknologi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil lebih kukuh pada tahun 2022.
Ketua Ahli Ekonomi Global, Juwai IQI, Shan Saeed berkata, ini berdasarkan beberapa faktor, antaranya peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi mencapai lebih 95%, dasar fiskal yang stabil, dan jumlah perdagangan mencecah lebih RM1 trilion.
Menurutnya, harga komoditi yang lebih tinggi menyokong kunci kira-kira ekonomi, hubungan diplomatik Malaysia yang kekal kukuh dengan ekonomi utama dunia juga merupakan faktor penyumbang kepada pembaikan ekonomi pada 2022.
''Selain itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memainkan kadnya dengan bijak melalui interaksi antara epidemiologi dan ekonomi, sekali gus mengekalkan kestabilan makroekonomi dan meletakkan semula mod pertumbuhan di landasan yang betul.
''Malaysia akan terus berada dalam radar pelabur global kerana pendekatan mesra perniagaannya, keyakinan ekonomi, rangka kerja dasar berstruktur, kedudukan geografi strategik (Selat Melaka) dan lebih-lebih lagi tenaga buruh yang celik teknologi memacu trajektori pertumbuhan tahun depan,'' jelas Shan kepada DagangNews.com hari ini.
Shan berkata demikian ketika ditanya mengenai prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2022.
Menurutnya dalam majalah IQI Global and Economist, beberapa statistik utama bagi prospek pertumbuhan pada 2022.
NEGARA GLOBAL IQI ECONOMIST
INDONESIA 4.7-5.3% 5%
MALAYSIA 4 - 5% 4%
FILIPINA 4.5 – 5.2% 5.1%
SINGAPURA 3.5 – 4% 3.7%
THAILAND 2.5 – 3.3% 3.1%
VIETNAM 5.5 – 6.2% 6.6%
Shan berkata, pasaran kewangan global telah menunjukkan prospek pemulihan yang lebih baik beberapa bulan lepas dalam persekitaran pasca COVID-19.
Namun dengan munculnya varian terbaru seperti varian Omicron, ini akan terus memberikan cabaran besar kepada kegiatan ekonomi global.
Negara seperti United Kingdom, Jepun dan Eropah sedang bergelut untuk keluar daripada situasi pasca COVID kerana vaksinasi yang lemah dalam kalangan orang ramai dan prospek ekonomi yang meragukan.
Pasaran bergerak di beberapa negara manakala beberapa ekonomi/ pasaran masih tidak berubah dan mengalami stagflasi.
Menurut Shan, bank pelaburan multinasional Amerika Syarikat (AS), Goldman Sachs mendapati aliran masuk global ke dalam ekuiti telah melepasi AS$1 trilion pada tahun lalu, melebihi jumlah gabungan dari 19 tahun yang lalu.
“Asia mendahului dari segi pertumbuhan ekonomi kerana kestabilan makroekonomi dan kadar vaksinasi yang berkesan.”
“Semasa menganalisis pelbagai ekonomi di rantau ASEAN dan ramalan pertumbuhan, nampaknya Asia akan mengatasi ekonomi utama lain pada 2022.
Artikel asal di DagangNews.com
#pertumbuhan ekonomi Malaysia #Shan Saeed #pendekatan mesra perniagaan #tenaga buruh celik teknologi
;