Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Nina Rozman
Mac 12, 2025 11:30 MYT
Mac 12, 2025 11:30 MYT
KDNK Malaysia bagi 2025 dijangka akan mencatatkan pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga 5 peratus. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2025 berada dalam lingkungan 4.5 hingga 5 peratus.
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Mohammad Hardee Ibrahim, menyatakan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2024 telah mencapai 5.1 peratus, sejajar dengan unjuran awal SME Bank iaitu antara 4.3 peratus hingga 5.3 peratus.
“Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh serta disokong oleh keadaan pasaran buruh yang stabil, pelaburan yang teguh, dan pemulihan perdagangan luar
“Berdasarkan momentum positif ini, kami menjangkakan KDNK Malaysia bagi 2025 akan mencatatkan pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga 5 peratus”, katanya.
Selain itu, prestasi ekonomi yang stabil ini akan terus memberikan manfaat kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya dalam memperkukuh daya saing serta memperluaskan akses pasaran.
“Dengan asas ekonomi yang kukuh serta langkah-langkah strategik kerajaan dalam menyokong PKS, kami yakin sektor ini akan terus berkembang dan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negara,” tambah beliau.