Ekonomi Jepun kembali catat pemulihan

Astro Awani
Mei 21, 2013 18:06 MYT
Ekonomi Jepun dilihat kembali mencatatkan pemulihan di bawah pelan ekonomi Perdana Menteri Shinzo Abe.
Ini dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.5 peratus dalam suku pertama 2013.
Keyakinan turut dibuktikan dalam pasaran saham negara berkenaan apabila Indeks Nikkei mencecah paras 15,000 mata.
Kali terakhir ia mencapai tahap berkenaan adalah pada lima tahun lepas.
Antara polisi yang dirangka Abe untuk mengakhiri deflasi Jepun termasuk polisi kewangan, fiskal, strategi pertumbuhan ekonomi dan mudah tunai yang agresif.
Abe turut menetapkan pertumbuhan inflasi sebanyak dua peratus dan perbelanjaan 1.14 trillion dollar dalam 15 bulan.
Antara sekutu utama Abe dalam pelan ini adalah Bank of Japan.
Sehingga kini nilai yen telah jatuh berbanding dollar Amerika sebanyak lebih 20 peratus dalam masa enam bulan.
Ini memberikan manfaat kepada pendapatan syarikat dan saham, dalam masa yang sama turut meningkatkan keyakinan pengguna.
Cabarannya kini adalah sama ada syarikat di Jepun akan meningkatkan gaji dan bonus kepada pekerja untuk menyokong permintaan.
#Bank of Japan #Perdana Menteri #Shinzo Abe
;