Ekonomi Asia Tenggara dijangka meningkat sempena APEC 2020 - PECC

Fareez Azman
Disember 13, 2019 18:36 MYT
PEDROSA: aporan itu turut mengariskan lima risiko yang boleh dihadapi oleh Asia Tenggara terutama ketika krisis perang perdagangan berlaku. - Foto Astro AWANI
Laporan Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PEEC) yang dibentangkan menjangkakan ekonomi Asia Tenggara akan meningkat sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.
Demikian jelas Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik, Eduardo Pedrosa meski pun ekonomi global terus menunjukkan kemerosotan.
Laporan itu menunjukkan 42 peratus daripada 627 pakar dasar serantau memberi pandangan positif terhadap prospek asia tenggara.
Bagaimana pun jelasnya, laporan itu turut mengariskan lima risiko yang boleh dihadapi oleh Asia Tenggara terutama ketika krisis perang perdagangan berlaku.
Antaranya peningkatan perlindungan dan perang perdagangan, kelembapan pertumbuhan perdagangan dunia.
Kelembapan ekonomi negara China, kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan kepimpinan politik yang berkurangan.
Dalam laporan itu turut menjelaskan 'mood' Asia Pasifik mencatatkan pembangunan ekonomi serantau yang perlahan sebanyak 3.3 peratus berbanding 3.8 peratus pada tahun lalu
Bagaimana pun, lima garis dicadangkan oleh responden bagi memastikan ekonomi di rantau Asia terus kukuh.
Antaranya, kerjasama erat di antara negara-negara Asia, sokongan terhadap penubuhan APEC yang kukuh bagi sistem perdagangan pelbagai hala lebih teratur
Nilai perdagangan berkualiti tinggi dalam kalangan ahli negara Asia, pembaharuan struktur untuk memacu pertumbuhan dan inisiatif dasar jangka panjang dalam menggalakkan kemampanan alam sekitar.
Beliau berkata demikian selepas membentangkan laporan wilayah bagi tahun 2019-2020 di ibu negara, pada Jumaat.
#Amerika Syarikat #APEC #Asia #Asia Pasifik #China #Eduardo Pedrosa #Kesatuan Eropah #laporan #Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik #Malaysia #MyAPEC2020 #PEEC #perdagangan
;