Dzulkifli Fadzilah dilantik Pengerusi PNS berkuat kuasa Okt 15

Astro Awani
Oktober 5, 2018 10:07 MYT
Dzulkifli mempunyai ijazah perakaunan dari California State University dan sarjana kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat. - Foto Sinar Harian
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang baharu menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee.
Dzulkifli mempunyai ijazah perakaunan dari California State University dan sarjana kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat.
Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dari tahun 2011 hingga ke 2017, dan merupakan ahli jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia.
Pelantikan ini berkuat kuasa 15 Oktober 2018.
#Dzulkifli Fadzilah #Perbadanan Nasional Berhad #Perbadanan Usahawan Nasional Berhad #PNS #Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee