SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU), Enakmen Perbekalan Tambahan 2022 sebanyak RM160 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentang RUU tersebut berkata perkara itu dilaksanakan bagi membolehkan bayaran tertentu dibuat untuk perkhidmatan negeri tahun ini yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada.
"Melalui Enakmen Perbekalan 2022 yang telah diluluskan pada 26 November yang lepas pada sidang bajet sejumlah RM2,227,735,536 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri di tahun 2022," katanya.
Beliau berkata berpandukan kepada keperluan kewangan semasa terdapat kekurangan peruntukan bagi kegunaan jabatan tertentu.
Katanya peruntukan tambahan yang diperoleh daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri akan menampung inisiatif Bantuan Selangor Bangkit sebanyak RM150 juta dan RM10 juta lagi yang diperlukan untuk penambahan siling Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Negeri Selangor.
Amirudin berkata tujuan perbelanjaan tambahan itu sebahagian besarnya adalah untuk menampung usaha-usaha memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat selepas banjir besar yang melanda negeri itu tahun lepas.
Sidang DUN Selangor bersambung Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
![DUN Selangor lulus peruntukan tambahan RM160 juta DUN Selangor lulus peruntukan tambahan RM160 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647616179_MenteriBesarSelang.jpg)
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika menjawab soalan berkaitan isu bantuan banjir pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
![Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723768689_abraufyusoh.jpg)
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
![Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723768526_soccermatch.jpg)
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
![DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720180554_NajwanHalimi.jpg)
DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh
Persidangan DUN Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.
![Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720074703_LauWengSan.jpg)
Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.
![DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709730671_LauWengSan.jpg)
DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang
DUN Selangor belum menerima sebarang notis berhubung status ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung keahliannya yang digugurkan oleh Bersatu.
![Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709800864_TBfahmingahjpg.jpg)
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
![Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678782688_DatukRizamIsmail.jpg)
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
![Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709538616_MohammadFahmiNgah.jpg)
Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor
Kos sara hidup tinggi menjadi antara penyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi bagi orang Islam di negeri Selangor.
![Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709278188_TBMESYUARATDUNj.jpg)
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
![Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031 Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709182762_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
![Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709010899_TBSultanSelangor.jpg)
Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor
Penjawat awam perlu ada 'sense of urgency' dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna.
![DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700838719_AmirudinShari.jpg)
DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan (JP) baharu pada Penggal Pertama Persidangan Dewan ke-15.