KUALA LUMPUR: Dua lagi unit Sapura Energy Bhd yang dibebani hutang, Sapura Pinewell Sdn Bhd (SPSB) dan Sapura Fabrication Sdn Bhd (SFSB), telah dikenakan petisyen penggulungan kerana gagal menjelaskan RM906,194 dalam jumlah tertunggak.
SPSB dan SFSB mendapat petisyen pada 8 Julai lalu, berikutan invois yang tidak dibayar masing-masing daripada Plomo Group Sdn Bhd dan Marine Creation Sdn Bhd, menurut pemakluman syarikat itu di Bursa Malaysia.
SPSB didakwa gagal membayar RM392,120.70 berhubung kontrak pembekalan minyak gas marin dan air tawar kepada sebuah vesel.
Mahkamah telah menetapkan 28 Julai dan 6 Sept untuk pengurusan kes dan pendengarannya.
Sementara itu, SFSB gagal membayar RM514,073.34 di bawah kontrak penyewaan kapal. Tarikh pengurusan kes dan perbicaraan ditetapkan masing-masing pada 9 Ogos dan 23 Ogos.
Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memberikan Sapura Energy Bhd dan 22 anak syarikat milik penuhnya lanjutan sembilan bulan berhubung perintah sekatan terhadap pemiutang mereka, yang akan tamat pada 10 Mac 2023, bagi membolehkan kumpulan itu menstruktur semula hutangnya di bawah skim susunan.
“Memandangkan perintah sekatan dan lanjutan sekatan berkuat kuasa, berhubung dengan Petisyen-1 (SPSB), syarikat akan meminta penangguhan Petisyen-1 sementara menunggu keputusan skim perkiraan yang dicadangkan.
“Bagi Petisyen-2 (SFSB), syarikat akan meminta Pempetisyen-2 menarik balik petisyennya kerana ia melanggar perintah sekatan dan lanjutan.
"Sekiranya Pempetisyen-2 gagal dan/atau enggan berbuat demikian, syarikat mungkin terpaksa mengambil tindakan undang-undang selanjutnya terhadap Pempetisyen-2,” kata Sapura Energy.
Tiada anak syarikat adalah anak syarikat utama syarikat seperti yang ditakrifkan di bawah Bab 1 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, katanya.
Berdasarkan penyata kewangan teraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022, Sapura Energy telah melabur sejumlah RM427.95 juta dalam SPSB, dan RM4.296 bilion dalam SFSB.
Syarikat itu kini sedang berunding dengan pemiutangnya mengenai pelan penyelesaian yang dicadangkan sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula hutangnya, selepas menerima beberapa petisyen penggulungan.
Pada bulan Jun, syarikat itu diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17, kerana ekuiti pemegang sahamnya sebanyak RM85 juta jatuh di bawah 50% daripada modal sahamnya sebanyak RM10.9 bilion.- DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 15 2022
![Dua lagi unit Sapura Energy dikemukakan petisyen penggulungan Dua lagi unit Sapura Energy dikemukakan petisyen penggulungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657846906_SapuraEnergy.jpg)
Saham Sapura Energy tidak berubah pada empat sen pada 14 Julai 2022, memberikannya permodalan pasaran RM639.16 juta. -Dagang News
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709869019_TBsapurajpg.jpg)
Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang
Perintah sekatan itu akan membantu syarikat skim untuk terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu ancaman litigasi.
![Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709345981_sapuraenergymexic.jpg)
Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.
![Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682562781_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.
![Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670541676_sapuraenergy.jpg)
Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama
Ia meningkat 58 peratus kepada RM146.09 juta daripada RM91.93 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685187051_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
![Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672221379_TBLOGOPETRONAS.jpg)
Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan Petronas adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673579892_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.
![Sapura Energy Lantik Wan Mashitah dan Nur Iskandar sebagai pengarah Sapura Energy Lantik Wan Mashitah dan Nur Iskandar sebagai pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644025084_SapuraEnergyBerhad.jpg)
Sapura Energy Lantik Wan Mashitah dan Nur Iskandar sebagai pengarah
Wan Mashitah Wan Abdullah Sani dan Datuk Nur Iskandar A Samad dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa hari ini.
![Kerugian bersih Sapura Energy pada tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM3.20 bilion Kerugian bersih Sapura Energy pada tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM3.20 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644025084_SapuraEnergyBerhad.jpg)
Kerugian bersih Sapura Energy pada tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM3.20 bilion
Pada suku keempat 2023, syarikat mengurangkan separuh kerugian bersihnya kepada RM3.30 bilion daripada RM6.77 bilion.
![Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673579892_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.