DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'

Amzar Alif
Mei 24, 2024 15:10 MYT
Kempen ini bakal menyaksikan pertukaran seramai tujuh chef ke cawangan yang berbeza bagi menyediakan pelbagai hidangan dengan gabungan kepakaran dan citarasa inovatif selaras dengan jenama Makan Kitchen. Foto - DoubleTree by Hilton
CAWANGAN DoubleTree by Hilton di serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun ini.
Kempen yang diberi nama Signatures Across the State: A Makan Kitchen Showcase ini bakal menyaksikan pertukaran seramai tujuh chef ke cawangan yang berbeza bagi menyediakan pelbagai hidangan dengan gabungan kepakaran dan citarasa inovatif selaras dengan jenama Makan Kitchen.
Makan Kitchen terkenal bukan sahaja dengan masakan yang lazat tetapi juga memberikan pengalaman berbeza apabila dapat melihat barisan chef menyediakan hidangan makanan langsung di depan mata menjadikan ia destinasi sesuai untuk keluarga serta hiburan korporat.
Setiap cawangan DoubleTree by Hilton di Malaysia akan menjadi tuan rumah buat chef dari cawangan Makan Kitchen yang lain dengan kepakaran merangkumi menu warisan Jawa hingga masakan Peranakan Nyonya.
Dari kota sibuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang hingga ke kampung-kampung yang tenang di Perak, setiap hidangan bakal menceritakan kisah menarik berkaitan warisan budaya dan tradisi menu makanan Malaysia.
Untuk pertanyaan atau tempahan lanjut, sila layari EatDrinkHilton.com
Berikut merupakan senarai penuh DoubleTree by Hilton yang mengambil bahagian dalam kempen ini:
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Menu Warisan Jawa: DoubleTree Hilton Putrajaya Lakeside
Chef Muhamad Khairi
Bufet makan malam tersedia bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam
Isnin - Jumaat: RM128 dewasa l RM64 kanak-kanak
Sabtu - Ahad: RM158 dewasa l RM79 kanak-kanak
Menu: Ayam penyet, Bakso, Lamb Opor, Lontong Balap, Nasi Ambeng, Puyuh Ungkep, Pecal
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +60321727272 atau emel, KULDT_FBReservations@hilton.com
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Menu Warisan Borneo: DoubleTree Hilton Kuala Lumpur
Chef Zulkarnaen Suhaili
Bufet makan malam tersedia bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam
Sabtu: RM148 dewasa | RM74 kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Menu: Umai Ikan dan Latok, Kerabu petai dan rebung, Sabah Tiger Prawn dan Asam Terung, Umia ikan, Nasi Goreng Dabai, Manok Pansoh, Laksa Sarawak, Daun Ubi Tutuk
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +60388900000 atau emel, KULPR_FB@hilton.com
DoubleTree by Hilton Melaka
Citarasa Makanan India Borneo: DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Chef Wilson bin Ibid
Jumaat dan Sabtu / 6.30pm - 10.00pm: RM138 dewasa | RM69 warga emas & kanak-kanak berumur 6 tahun keatas
Menu: Lamb Shank Banjaran Crocker, Tandoori Chicken Bambangan, Bharavaan Aaloo Jheenga, Indian Lamb Pansuh, Scallop Umai | Latok
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +6062223333 atau emel, MKZMM_FB@hilton.com
DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Menu Warisan Nyonya: DoubleTree by Hilton Melaka
Chef Davian Foong
Ahad - Khamis / 6.30pm - 10.00pm: RM128 dewasa | RM64 warga emas dan kanak-kanak
Menu: Otak Otak, Seabass with Nyonya Sauce, Udang Masak Lemak Nenas, Ayam Pongteh, Nasi Goreng Udang Sambal Belacan, Duck and Salted Vegetable Soup
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +607 268 6868 atau emel JohorBahru.FB@hilton.com
DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Menu Kegemaran Sepanjang Zaman Warga Johor: DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Chef Jais bin Manan
Jumaat - Sabtu / 6:00pm - 10:30pm: RM158 dewasa (termasuk ‘Welcome Drinks’) l RM79 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun
Menu: Ayam goreng bawang wangi, Ikan bawal Kari mamak Singapore, Daging masak hitam, Telur sotong Majidee, Lamb shank biryani Batu Pahat, Mee Rebus Johor Warisan, Kacang Pol Haji
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 5650 0200 atau emel, Doubletreeshahalam.foodandbeverage@hilton.com
DoubleTree Resort by Hilton Penang
Menu Warisan Perak: DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Chef Muhamad bin Muhidin
Sabtu / 6.30pm - 10:00pm: RM158 dewasa | RM128 warga emas | RM98 kanak-kanak
Ahad - Jumaat / 11.00am ke atas: RM128 untuk dua orang (A la carte & Set Dulang)
Menu: Sup Kambing, Pais Ikan, Rendang Tok, Ikan Masak Lemak Tempoyak, Asam Pedas Tetel
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +6012 381 7586 atau emel PENMB_FBS@hilton.com
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Menu Warisan Peranakan Nyonya: DoubleTree Resort by Hilton Penang
Chef Hong Swee Aun
Ahad - Khamis / 6.30pm - 10.30pm: RM80 dewasa | RM40 kanak-kanak
Jumaat & Sabtu / 6.30pm - 10.30pm: RM128 dewasa | RM64 kanak-kanak
Menu: Char Koey Teow Arang, Kapitan Chicken, Yam Duck, Ju Hu Char, Nyonya Steam Fish, Asam Pedas Prawn
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +60 5684 3333 atau emel, IPHDL_FB@Hilton.com
#DoubleTree by Hilton #DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur #Signatures Across the State A Makan Kitchen Showcase #Eat Drink Hilton
;