Dominant gantung operasi kilang selepas pekerja positif COVID-19
Bernama
Februari 15, 2021 13:47 MYT
Februari 15, 2021 13:47 MYT
KUALA LUMPUR: Pengeluar produk panel kayu dan komponen perabot, Dominant Enterprise Bhd bertindak menggantung sementara operasi kilang dan gudang di Muar, Johor, selepas dua pekerja disahkan positif COVID-19 pada 11 Februari susulan saringan terhadap semua kakitangannya.
Berikutan itu, kesemua pekerja terbabit telah dikuarantin dan diasingkan daripada pekerja lain, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
"Sejajar usaha berterusan syarikat untuk membendung dan mengelak penularan virus ini, kami akan menggantung operasi di Muar pada 12-25 Februari 2021 sehingga mendapat arahan lanjut daripada pihak berkuasa.
"Dalam tempoh tersebut, langkah serta prosedur pembasmian kuman dan sanitasi akan dijalankan di premis terbabit.
"Syarikat juga akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkuasa untuk memastikan operasi dapat disambung semula serta keadaan pekerja sentiasa terpelihara pada setiap masa," katanya.
Menurut Dominant, langkah penggantungan operasi itu akan memberi impak minimum terhadap prestasi operasi dan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2021.
-- BERNAMA
#operasi
#COVID-19
#Bursa Malaysia
#operasi disambung semula
#pihak berkuasa
#kewangan
#gantung operasi
#impak minimum
#Dominant Enterprise Bhd
#dominant
#penularan
#virus
#pembasmian kuman
#sanitasi
#Muar
#kuarantin
#Pekerja
#pengasingan