KUALA LUMPUR: Perniagaan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) yang pelbagai meletakkan syarikat itu pada kedudukan yang kukuh untuk menampan persekitaran yang dijangka mencabar pada 2023.
Perniagaan DNeX meliputi sektor teknologi, tenaga serta teknologi maklumat.
Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pelaburan strategik syarikat dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Ping Petroleum Ltd telah melonjakkan DNeX ke tahap lebih tinggi, didorong oleh kejayaan pemulihan faundri wafer semikonduktor serta sumbangan berulang daripada operator minyak dan gas huluan.
Beliau berkata dalam segmen teknologi, yang diljalankan oleh SilTerra, pengembangan kapasiti sebanyak 10 peratus yang dijadualkan selesai pada separuh pertama 2023 akan membolehkan syarikat itu menambah lebih banyak kapasiti kepada pembuatan teknologi pesat membangun bagi kemampanan jangka panjang.
"Usaha untuk meningkatkan pengeluaran Kluster Anasuria Ping di Laut Utara, United Kingdom, sedang dijalankan. Penyiapan pemasangan semula paip khas dan pemulihan penyelenggaraan utama dijangka meningkatkan kadar pengeluaran medan.
"Kami yakin perniagaan tenaga kami menerusi Ping akan terus berkembang sebagai syarikat yang diterajui Malaysia dan memperluas serta membuka potensi aset lain di rantau UK dan Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam sektor IT, Syed Zainal Abidin berkata transaksi Jendela Tunggal Nasional (NSW) telah berkembang susulan penarikan balik sekatan akibat COVID-19, dan trend ini berkemungkinan meningkat dalam beberapa bulan akan datang sejajar dengan perayaan bermusim.
DNeX juga memperluas kehadirannya ke pasaran serantau dan antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan syarikat IT utama dan multinasional terkemuka, katanya.
Beliau berkata DNeX teguh dari segi tumpuan untuk membina daya tahan merentas segmen perniagaannya bagi tujuan menghasilkan pulangan mampan melalui pengoptimuman kos dan kecekapan operasi.
DNeX juga mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Abd Rahman Mamat sebagai pengerusi.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, DNeX memaklumkan bahawa sebab peletakan jawatan itu adalah "untuk seiring dengan amalan tadbir urus korporat yang baik dan untuk mencapai kepentingan korporat lain".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
![DNeX tumpu bina daya tahan untuk catat pulangan mampan DNeX tumpu bina daya tahan untuk catat pulangan mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628571900_SyedZainalAbidin.jpg)
Syed Zainal Abidin berkata pelaburan strategik syarikat dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Ping Petroleum Ltd telah melonjakkan DNeX ke tahap lebih tinggi. -Gambar fail/DNEX
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
![DNeX teroka peluang di Arab Saudi dengan kerjasama Abilitii DNeX teroka peluang di Arab Saudi dengan kerjasama Abilitii](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656377592_DNeX.jpg)
DNeX teroka peluang di Arab Saudi dengan kerjasama Abilitii
Kerjasama itu membolehkan kumpulan memperluaskan kehadiran di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).
![Saham DNeX meningkat berikutan pelan pengambilalihan, peroleh kontrak Saham DNeX meningkat berikutan pelan pengambilalihan, peroleh kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628656726_DNeXlogo.jpg)
Saham DNeX meningkat berikutan pelan pengambilalihan, peroleh kontrak
Sehingga 10 pagi, kaunter tersebut menjadi antara saham paling aktif diniagakan, naik sebanyak 2.5 sen kepada 84 sen dengan 79.83 juta saham bertukar tangan.
![Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628571900_SyedZainalAbidin.jpg)
Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan
Anak syarikat tidak langsung DNeX, iAC telah mendapat kontrak berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Kementerian Kewangan (MoF) bernilai RM88 juta bagi tempoh 45 bulan.
![Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603099703_oil.jpg)
Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield
Anak syarikat DNeX peroleh baki 50% kepentingan dalam Avalon Oilfield | Dagang News