Disokong ADEX yang tinggi, Astro raih peningkatan RM926 juta bagi Q2FY23

Faris Danial Razi
Disember 15, 2022 17:50 MYT
Jelas Tan, hasil naik suku tahun ke suku tahun ke RM926 juta, diterajui kenaikan perbelanjaan periklanan pada suku tahun ketiga tahun kewangan berakhir 2023, iaitu 27 peratus dari suku tahun ke suku tahun ke RM110 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menunjukkan prestasi baik bagi suku tahun ketiga tahun kewangan berakhir 2023 (Q2FY23) apabila berjaya mencatatkan hasil RM926 juta.
Peningkatan itu didorong oleh perbelanjaan pengiklanan (ADEX) yang tinggi dan memberangsangkan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, kenaikan perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku tahun ketiga tahun kewangan berakhir 2023, menjurus kepada kenaikan 27 peratus suku-tahun-ke-suku tahun ke RM110 juta.
“Kami mencatat RM73 juta untuk PATAMI ternormal untuk suku tahun ketiga tahun kewangan berakhir 2023; PATAMI terkesan dengan impak kerugian forex (tukaran wang asing) yang tidak terealisasi kerana liabiliti pajakan kewangan transponder yang disebabkan oleh kenaikan dolar Amerka Syarikat (AS).
“Kumpulan kekal menjana wang dan proaktif terhadap pengurusan kapital. Namun, dengan keadaan makroekonomi dan turun naik mata wang asing, ahli Lembaga Astro mengumumkan interim dividen ketiga ke 0.75 sen sesaham.
“Kami akan terus melabur semula dalam pelan transformasi untuk jangka masa panjang dan pertumbuhan mampan,” jelasnya menerusi satu kenyataan media, di sini pada Khamis.
Bagi suku tahun ketiga bagi tahun kewangan berakhir 2023, jumlah hasil pengiklanan yang meningkat 27 peratus ditunjangi pendapatan dari TV, Radio, digital dan pengiklanan bersasar.
Jenama-jenama Astro Radio terus kekal di tangga teratas (Nombor 1) untuk kesemua bahasa, mencatat 17.7 juta pendengar radio mingguan (FM dan digital).
SYOK, yang merupakan aplikasi hiburan audio popular Malaysia mencatat pendengaran podcast bulanan naik 67 peratus tahun-ke-tahun ke 1.3 juta.
Manakala pengiklanan Radio (Radex) serta pengiklanan TV dan Digital, masing-masing mencatat 73 peratus, 32 peratus dan 3 peratus.
Jenama-jenama digital Astro pula mencatat 10.3 juta pelawat unik (unique users) bulanan.
Tan turut berkata, melalui Pengalaman Baharu Astro, Astro turut komited untuk merealisasikan visi syarikat
sebagai Destinasi Hiburan untuk rakyat Malaysia yang merangkumi beberapa aspek termasuk membawa pengalaman kandungan terhebat di kesemua platform, menjadi pengagregat Nombor Satu di Malaysia dengan perkhidmatan penstriman dan gaya hidup terbaik.
"Astro juga komited untuk memperkasa kandungan tempatan dengan lebih lagi kandungan premium Astro
Originals, mengambil peluang dalam perapatan digital, jalur lebar, pengiklanan dan perdagangan; serta memanfaatkan digital, data dan teknologi untuk membayangkan semula modal perniagaan kami," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro-Designate, Euan Smith memaklumkan, Astro terus mengambil peluang dalam pembangunan pasaran jalur lebar ketika BIZfibre menawarkan ketersambungan yang pantas, stabil dan gabungan yang sempurna kepada pek TV komersial.
“Baru-baru ini, kami melancarkan BIZfibre untuk menawarkan pelanggan-pelanggan enterprise kami termasuk solusi one-stop ketersambungan dan hiburan SME pada nilai hebat.
“Dalam suku tahun ketiga bagi tahun kewangan berakhir 2023, jalur lebar Astro meningkat 34 peratus tahun- ke-tahun dengan ramai pelanggan menggabungkan jalur lebar dengan kandungan untuk kemudahan dan nilai.
Sementara itu, Astro Originals turut mencatat beberapa kejayaan baharu pada tempoh yang sama dengan One Cent Thief menjadi drama tempatan yang paling banyak distrim menerusi On Demand.
Turut membanggakan apabila filem animasi 3D tempatan, Mechamato Movie terbitan Astro Shaw telah ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Disember dan berjaya mengumpul RM10 juta kutipan box-office untuk enam hari pertama tayangan.
Selain itu, Astro AWANI selaku jenama berita paling dipercayai di Malaysia, menjadi destinasi berita nombor satu (No.1) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merentas platform digital, televisyen dan media sosial; dengan 6.9 juta penonton unik secara akumulatif. dan mencatat 85.2 juta tontonan di seluruh platform media sosial.
Program signature siaran langsung yang mengujakan para penonton kami dengan rancangan yang diminati ramai, Gegar Vaganza Musim 9 mencatat 1.9 juta tontonan TV dan 397 ribu rancangan distrim.
Manakala Muzikal Lawak Superstar 3 mencatat 1.4 juta tontonan TV dan 1 juta rancangan distrim.
Kehangatan penganjuran Piala Dunia Qatar 2022 menyaksikan acara tersebut mendominasi top 10 peristiwa yang paling disaksikan menerusi Astro.
Sehingga kini, sebanyak 730 ribu rumah menggunakan Ultra dan Ulti Box dengan satelit dan jalur lebar, manakala Astro GO mempunyai 562 ribu pengguna aktif setiap bulan, naik 6 peratus tahun ke tahun dengan purata masa tontonan mingguan melebihi 3 jam disebabkan oleh sukan dan kandungan Astro. Penstriman rancangan On Demand naik 22 peratus tahun-ke-tahun ke RM473 juta.
#Astro Awani #Astro #hasil keuntungan #piala dunia qatar
;