Dick Costolo letak jawatan CEO Twitter

AFP
Jun 12, 2015 12:48 MYT
Costolo akan meletakkan jawatannya bermula 1 Julai depan. - Foto AP
Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Dick Costolo mengumumkan perletakan jawatannya selain menyerahkan kembali kerusi yang dipegangnya kepada pengasas syarikat itu, Jack Dorsey.
Syarikat itu mengumumkan, Costolo akan meletakkan jawatannya bermula 1 Julai depan selain Dorsey akan mengambil alih jawatan itu di atas sifat interim.
Dorsey sebelum ini meninggalkan jawatan itu selama satu tahun setengah pada 2008 selain Costolo menjawat jawatan berkenaan pada tahun 2010.
"Masa depan adalah milik Twitter. Terima kasih kepada dedikasi dan visi Dick Costolo," kata Dorsey.
Dorsey dikatakan akan kekal menerajui Twitter manakala lembaga pengarah mendapati perlu seseorang untuk menggantikan tempat Costolo.
Costolo akan kekal menjadi pengarah Twitter selain Dorsey akan terus menjadi ketua syarikat telekomunikasi transaksi kewangan Square yang diasaskannya pada tahun 2009.
Sebelum ini, pergolakan dikatakan terjadi kerana tekanan yang dialami Costolo oleh pelabur yang mahu dia membuktikan kemampuannya untuk membawa pendapatan dari pengguna Twitter sendiri.
"Malangnya berita ini tidak menghairankan.
"Sebenarnya keadaan Twitter tidak berapa baik sekarang kepada pengguna dan pemasarnya," kata penganalisis Forrester Nate Elliott.
Costolo menerajui firma yang berpangkalan di San Francisco itu melalui tawaran awam permulaannya, tetapi pertumbuhan tetap mengecewakan dan syarikat itu masih belum menunjukkan keuntungan.
Saham Twitter melonjak lebih daripada tiga peratus kepada US$37.16 (RM139) selepas pasaran perdagangan yang diikuti perletakan jawatan Costolo sebagai ketua.
#Dick Costolo #Jack Dorsey #Twitter
;