Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc hari ini mengumumkan prestasi kewangan terbaik syarikat itu untuk tiga bulan terakhir 2019 yang menyaksikan jualan dan keuntungan yang meningkat .
Pertumbuhan kewangan itu didorong oleh prestasi kukuh dalam jualan peranti paling laris, iPhone meskipun syarikat itu beralih kepada perkhidmatan digital dan boleh-pakai.
Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook dalam nada suram sewaktu mengumumkan prestasi kewangan itu menerusi telefon berkata syarikat itu kini sedang memantau perkembangan wabak koronavirus yang sedang melanda China, dimana Apple mempunyai ribuan pelanggan, rakan kongsi, pembekal dan tenaga kerja.
Saham Apple turut meningkat dua peratus selepas pengumuman itu.
Apple turut mengunjurkan pendapatan syarikat adalah sekitar RM240 bilion dan RM270 bilion (AS$63 bilion AS 67 bilion) untuk suku ini.
Ini adalah julat lebih besar daripada yang pernah diunjurkan Apple sebelum ini, dengan syarikat itu menjangkakan ketidakpastian mengenai bagaimana wabak koronavirus ini dapat ditangani sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat itu.
Apple mempunyai pembekal yang berpangkalan berdekatan dan berhampiran dengan Wuhan, lokasi dimana virus membunuh ini mula dikenalpasti.
Cook berkata bahawa syarikat itu kini sedang menjalankan "rancangan mitigasi" untuk menentukan bagaimana mereka boleh mengurangkan jangkaan kerugian pengeluaran dengan menggunakan sumber-sumber alternatif.
Apple berkata ia telah menutup salah sebuah kedai di Wuhan sementara beberapa rakan kongsi sektor runcit juga telah menutup operasi kedai mereka atau mengurangkan masa perniagaan semasa wabak itu sedang berleluasa.
Koronavirus sehingga kini telah meragut lebih daripada 130 nyawa di China dan jumlah kes yang disahkan di seluruh negara itu menghampiri 6,000 kes.
Malaysia tetap kekal dengan empat kes positif, dengan tiada penambahan kes sejak hari Ahad lalu (27 Jan). Kesemua kes positif di negara ini adalah rakyat China yang berasal dari bandar Wuhan dan memasuki Malaysia menggunakan pintu masuk selatan di Johor Bahru.
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
KEPUTUSAN KEWANGAN APPLE
Untung bersih Apple mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM88 bilion (AS$22 bilion) dengan catatan pendapatan suku tahunan RM390 bilion (AS$91.8 bilion).
Keputusan ini jauh lebih baik daripada kebanyakan jangkaan penganalisis di sektor ini.
Pendapatan "didorong oleh permintaan yang kukuh untuk model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro kami, dan rekod sepanjang masa untuk perkhidmatan dan boleh pakai," kata Cook.
Keputusan kewangan ini menunjukkan strategi Apple untuk mengalihkan campuran pendapatannya dari pasaran telefon pintar yang semakin merosot, kepada perkhidmatan digital seperti penstriman muzik dan televisyen serta kandungan digital yang lain, membuahkan hasil.
Ibrahim Sani
Wed Jan 29 2020

Cook berkata bahawa syarikat itu kini sedang menjalankan "rancangan mitigasi" untuk menentukan bagaimana mereka boleh mengurangkan jangkaan kerugian pengeluaran dengan menggunakan sumber-sumber alternatif. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Apple dijangka bawa perubahan rekaan antara muka pada iOS 19
Perubahan ini akan berasaskan VisionOS, dengan rekaan ikon, menu, aplikasi, dan tetingkap yang baharu.

Apple kini aktif bangunkan AirPods dilengkapi kamera
Secara kasar, ia dilihat sebagai alternatif pantas oleh Apple kepada kaca mata pintar yang ditawarkan oleh pesaing lain.

Apple sahkan sejumlah ciri berasaskan AI pada Siri ditangguh ke tahun hadapan
Siri baharu sepatutnya memahami konteks dan melakukan arahan rentas aplikasi, tetapi pembangunan ciri ini belum selesai.

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Apple mungkin perkenal MacBook Air M4 seawal minggu ini
Apple Mungkin Perkenal MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini

Apple dijangka kemas kini siri 'iPhone e' setiap tahun – iPhone 17e pada 2026?
Buat masa ini, perkara ini adalah jangkaan awal, dan tidak diketahui sama ada Apple akan meneruskannya atau sebaliknya.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – adakah iPhone SE baharu?
iPhone SE dijangka menggantikan penggunaan Touch ID kepada Face ID, selain turut hadir dengan sokongan USB-C, dan juga pelbagai kemas kini spesifikasi.