'DFI jangan 'buat hal' perlu bincang, selaraskan koordinasi pembiayaan' - Shahril

Astro Awani
September 8, 2021 17:21 MYT
Walaupun skim yang dilaksanakan setiap DFI berbeza, namun Shahril berpandangan mereka perlu saling berkoordinasi supaya keputusan yang dibuat mengutamakan golongan yang terdesak. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Semua Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) digesa berbincang untuk menyelaraskan pembiayaan kepada perniagaan yang terjejas akibat impak COVID-19.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, walaupun skim yang dilaksanakan setiap institusi berbeza, namun mereka perlu saling berkoordinasi supaya keputusan yang dibuat mengutamakan golongan yang terdesak.
"Jika semua (DFI) 'buat hal' atau KPI (indeks prestasi utama) sendiri, khuatir nanti ia tidak mencapai matlamat keseluruhan atau ada sektor penting yang tercicir," katanya menerusi ciapan di Twitter peribadi pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas skim pembiayaan yang ditawarkan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang berjumlah RM5.6 bilion sebagai tambahan kepada kemudahan perbankan korporat bank.

Boleh tak semua DFI duduk sekali & kalaupun nak skim berbeza, buat koordinasi supaya ada "logik" & data ke arah keputusan sektor yg diutamakan dlm situasi terdesak now. Jika semua buat hal/KPI sendiri, khuatir nanti - tak capai matlamat keseluruhan - ada sektor penting tercicir pic.twitter.com/IzAYKSjBDL

— Shahril Hamdan (@ShahrilHamdan) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skim ini ditawarkan pada kadar pembiayaan pilihan dan menyasarkan sektor strategik utama iaitu pendigitalan, kelestarian, maritim dan logistik, pelancongan dan pengangkutan awam.
Bagaimanapun menurut Shahril, ia perlu sedikit pengubahsuaian supaya mencapai sasaran kepada komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Tengok laman web, jumlah atau tujuan pembiayaan nampak lebih kepada syarikat besar.
"Margin pembiayaan 80 peratus tidak berapa relevan kepada kebanyakan PKS kini.
"Tidak semua mahukan pembiayaan projek baharu. Lebih perlu untuk aliran tunai," menurutnya di Twitter.

atas usaha tetapi harap dpt ubahsuai sikit supaya capai sasaran PKS. Tengok laman web, jumlah/tujuan pembiayaan nampak lebih kpd syarikat besar. Margin financing 80% tak berapa relevan kpd kebanyakan PKS now. Tak semua nak finance "new projects". Lebih perlu utk aliran tunai https://t.co/m6BCWlvCzO pic.twitter.com/ibUA7YhDNv

— Shahril Hamdan (@ShahrilHamdan) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyarankan supaya DFI merangka penyelesaian yang praktikal buat sektor perniagaan untuk membolehkan mereka kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin.
Beliau berkata, DFI perlu memberi sokongan segera kepada perniagaan terutamanya PKS serta mikro sebagai langkah menyokong usaha pemulihan ekonomi negara.
#Institusi Kewangan Pembangunan #DFI #Pembiayaan PKS #Shahril Hamdan
;