Dewan Negara lulus Belanjawan 2021

Bernama
Disember 23, 2020 08:21 MYT
Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Dis melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu melalui tempoh lima hari perbahasan dan penggulungan oleh setiap kementerian selepas dibentangkan di dewan tersebut pada 16 Dis.
Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Dis melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.
-- BERNAMA
#RUU Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 #Mohd Shahar Abdullah #Timbalan Menteri Kewangan #Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #Belanjawan 2021 #Dewan Rakyat